Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Three Meals a Day: program candawara macam Family Outing + Invincible Youth tanpa game merepek

197492642_319479466288536_5208539248610750711_n.jpg

Rabu, 9 Jun 2021, 9:55 pm0

Episod minggu ni bertajuk Three Meals for Jaeseok, parodi kepada rancangan Three Meals a Day. Kebetulan saya tengah follow Three Meals a Day, musim ke-9: Fishing Village 5, di ⁽¹⁾.

Program ini adalah berkenaan selebriti sebagai ahli tetap, pergi ke pedalaman atau perkampungan nelayan untuk beberapa hari dan menyediakan 3 hidangan setiap hari, menggunakan apa saja ramuan & bahan yang diperoleh di tempat tersebut. Selebriti lain akan datang sebagai tetamu kepada keluarga Three Meals a Day ini untuk berkongsi pengalaman bermalam & makan hidangan yang disediakan, menu bersesuaian dengan kampung tersebut.

Untuk musim ke-9 ini, Cha Seung Won, Yoo Hae Jin & Son Ho Jun kembali ke perkampungan nelayan di Pulau Jukgul, selepas kali terakhir 2 musim di Pulau Manjae. Cha Seung Won dengan gelaran Chef Cha, sangat pakar dalam menyediakan menu & menyiapkan masakan, hingga Lee Seo Jin, ahli pertama rancangan ini, kagum dengan kepantasan Chef Cha menyediakan menu.

Yoo Hae Jin pula lebih kepada kerja luar, seperti menangkap ikan menggunakan bubu atau perangkap ikan, dan juga pergi memancing. Tiap kali bubu Hae Jin berjaya memerangkap ikan atau sotong kurita, ataupun berjaya mendaratkan ikan di joran, dapat rasa keterujaan itu sekali – hari ni menu makan sedap 😋.

Son Ho Jun pula bertindak sebagai kitchen-hand, ataupun pembantu kerja² sampingan, termasuk mengawal api untuk memasak. Bukan itu saja, Ho Jun sekarang sudah pakar dalam memasak nasi menggunakan kawah atas kayu api.

Tak banyak elemen bermain² atau game dalam rancangan ini, kalau nak dibandingkan dengan Family Outing & Invincible Youth. Ia lebih fokus kepada cara menyediakan masakan, proses memperoleh ramuan & bahan masakan, menjaga tanaman & haiwan ternakan, dan juga aktiviti santai. Saya kagum dengan kreativiti Hae Jin dalam mencipta pelbagai peralatan yang praktikal & memudahkan (membina balik air blower supaya dapat digunakan untuk mengawal api dapur), dan juga menyelesaikan masalah yang nampak kecil (menggunakan dawai untuk mengekalkan kedudukan hos).

Banyak tips & yang saya peroleh dari rancangan ni, nanti² boleh cuba try 😁.

Berkenaan Running Man pula, Lee Kwang Su ada muncul sebagai tetamu Three Meals a Day ini dalam episod ke-6. Minggu depan episod terakhir Kwang Su dalam Running Man, mesti banyak babak sedih², skip jak episod minggu depan 😷.

⁽¹⁾ https://www.viu.com/ott/my/ms/all/video-korean-reality-tv_shows-three_meals_a_day_fishing_village_5_episode_1-1165731855?containerId=playlist-26269391

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/319479502955199/

Pingback: Lepas injek lalu dapat makan pokok 🥦

Tulis komen: