Buat jalan depan rumah kebun DIY, minggu 3
Isnin, 17 Ogos 2020, 11:20 am0
Projek cangkul-mencangkul tanah #buatjalan diteruskan lagi dengan mengorek lapisan ke-2 tanah untuk jalan di rumah #kebun di #Serian ni.
① – Sama seperti minggu lalu, kami korek tanah sini menggunakan cakar, pastu pindah ke depan rumah dengan kereta sorong. Tak perlu special skill apapun, yang sukar untuk buat kerja ni hanyalah kekuatan fizikal. Sebab tu kerja angkut tanah ni dikira #workout.
② – Dapat dilihat di sini tanah yang dipindahkan ke depan rumah semakin banyak.
Pokok² yang di depan rumah tu akan ditebang. Pokok² bunga atau pokok lain yang senang jumpa tak susah nak pindah. Cuma pokok yang besar satu tu, pokok alpukat / avocado (anak panah kuning), susah nak jumpa benih, kena tunggu bapak saya tutkan pokok tu untuk dipindahkan ke tempat lain.
③ – Lapisan ke-2 ni sikit saja, tak sampai ke pagar, kiranya macam nak potong bonggol tanah yang jadi tebing curam tu.
Jadi kami mulakan pula mengorek lapisan ke-3, dengan lebih dalam. Tapi hanya siap kira² ¼ saja. Hujung minggu sambung lagi.
Kereta pun dah tak dapat nak parking dekat rumah lagi, dah jadi laluan tempat bekerja. Tebing jalan baru ni pun agak tinggi, nasib baik Unser ni ground clearance dia tinggi.
Buat jalan depan rumah kebun DIY, minggu 4
18 Ogos 2020