Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Bukan setakat jalan², tapi juga buat jalan sendiri DIY

Rabu, 12 Ogos 2020, 11:11 am0

Ni projek kat adik saya kat , dah mula sejak bulan Jun lalu. Tujuan jalan ini dibuat adalah supaya kereta dapat diletakkan di depan rumah, di bawah bumbung, baru tak kena hujan ☔ & dekat nak angkat barang.

Nak upah orang boleh saja, tapi isunya masa nak cari orang tu yang agak sukar, hanya ada hujung minggu untuk ke Serian dan uruskan hal ni. Lagipun, benda boleh buat sendiri, lain kali lah upah² orang. Sekarang kekuatan badan masih mampu, kekuatan duit jak masih belum cukup mampu 😁.

117025753_169548804614937_1513049774989126213_n.jpg

① – Keadaan permukaan tanah yang sedikit mencuram ni perlu dikorek menjadi rata. Dan tanah di depan & tepi rumah akan ditambak supaya sama rata dengan lantai depan rumah, tempat kat mana Unser tu tengah parking.

117035217_169548827948268_6653636050401252877_n.jpg

② – Sini saya buat tanda atau garisan dulu di mana kedudukan jalan yang nak dikorek. Kemudian saya buang sedikit rumput & tanah di permukaan menggunakan cangkul. Ini sikit saja dulu, hujung minggu baru buat sampai ke depan pagar.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/169548854614932/

Tulis komen: