Program subsidi petrol dimansuhkan + harga petrol minggu pertama Ogos 2020

Sabtu, 1 Ogos 2020, 9:35 am
3 hari lalu kerajaan mengumumkan program subsidi petrol telah dibatalkan. Terdapat pelbagai isu dalam menguatkuasakan program yang menyebabkan ia tidak diteruskan.
Antaranya perbezaan #hargapetrol antara Malaysia Timur dan Malaysia Barat ⁽¹⁾. Program subsidi ini hanya untuk penduduk Malaysia Barat, jadi akan menjadi isu nanti jika Malaysia Timur tidak mendapat subsidi yang sama. Nanti ada menteri Malaya yang datang sini kena ngayau .
RON 95 – 1.68 (0.00)
RON 97 – 1.98 (0.00)
Diesel – 1.83 (+0.01)
2 Ogos 2020
Aidiladha tahun ni korbannya lain macam
31 Julai 2020