3 hari berturut² kemalangan objek jatuh menimpa kereta

23 September 2020, 11:15 am

3 hari berturut² kemalangan objek jatuh menimpa #kereta.

① – 19/9 – Proton Saga dipandu seorang wanita ditimpa dinding parapet konkrit yang jatuh dari struktur pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ⁽¹⁾. Mujur mangsa tidak maut, hanya mengalami patah tangan & tulang selangka ⁽²⁾.

② – 20/9 – Perodua Myvi dipandu seorang wanita ditimpa besi menara kren yang jatuh dari sebuah treler di #jalan SS2/24, Petaling Jaya ⁽³⁾. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, namun keretanya rosak secara keseluruhan.

③ – 21/9 – Proton Saga dipandu seorang pemandu e-hailing dihempap cangkuk kren yang bergerak di belakang kereta berkenaan di Jalan Len Seng, Cheras ⁽⁴⁾. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagi mangsa, doakan semoga cepat sembuh. Bagi pihak bertanggungjawab, perbaiki punca kemalangan. Bagi para pembaca, sebelum keluar memandu, baca bismillah 🤲🏻.

⁽¹⁾ www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/733119/wanita-terselamat-kereta-remuk-dihempap-batu-konkrit
⁽²⁾ www.bharian.com.my/berita/kes/2020/09/733352/mangsa-kereta-ditimpa-konkrit-patah-tangan-tulang-selangka
⁽³⁾ www.bharian.com.my/berita/kes/2020/09/733154/kereta-ditimpa-besi-menara-kren-terjatuh-dari-treler
⁽⁴⁾ www.bharian.com.my/berita/kes/2020/09/733489/pemandu-selamat-cangkuk-kren-hempap-kereta

Pin It Send Copy Link

Komentar :