Pengakhiran kepada Hari Malaysia drive - hujan lebat sampai tak nampak jalan
Rabu, 16 September 2020, 7:00 pm0
Dari pagi hingga tengahari, cuaca baik. Bila masuk pukul 4, hari mula gelap & hujan mula turun kat Siburan.
Ingat nak ke Serian saja, tapi terus ke Balai Ringin, ambil angle iron kat sana, sambung buat renovate bilik .
—
Tip memandu dalam hujan lebat:
Ambil tahu had cengkaman tayar #kereta anda. Tayar berumur 3 tahun ke atas dah kurang grip berbanding tayar baru.
Bila dah yakin dengan tahap cengkaman tayar, baru boleh nak laju sikit. Tapi kena tengok keadaan trafik jugak, kalau banyak kereta, tak payah nak tunjuk terer mencilok, takda orang nak jadi cikgu nak beri markah berapa banyak kereta korang potong dalam jalan basah .
Proton X50 akan dilancarkan bulan depan, top spec guna direct injection
17 September 2020
Perutusan khas TSMY berkenaan situasi semasa Covid19
15 September 2020