Proton X50 akan dilancarkan bulan depan, top spec guna direct injection
Khamis, 17 September 2020, 2:05 pm0
Enjin untuk variasi bawah² semua gunakan multi point injection (MPI), cuma variasi paling atas guna direct injection (DI). Apa beza kedua²nya?
Sistem injection ni adalah cara enjin menyembur petrol masuk ke dalam silinder pembakaran (combustion cylinder). Campuran petrol dan udara (oksigen) dalam silinder akan meletup apabila dicucuh dengan palam pencucuh (spark plug) menghasilkan tenaga kinetik untuk menggerakkan enjin & tayar #kereta, seterusnya membolehkan kereta dipandu.
Umum kereta sekarang menggunakan MPI a.k.a port injection, di mana fuel injector memancit petrol menerusi intake port. Udara dan petrol bercampur dalam intake port sebelum masuk ke dalam kebuk pembakaran (combustion chamber).
Untuk DI pula, fuel injector memancit petrol terus ke dalam silinder, terus bercampur dengan udara sambil dimampatkan sebelum diletuskan oleh spark plug.
Kelebihan DI adalah petrol dapat dibakar dengan lebih efisien. Dalam sistem MPI, sedikit sisa petrol tertinggal dalam intake port, manakala DI dapat membakar keseluruhan petrol, mengurangkan pembaziran.
Sistem DI juga mampu menggunakan nisbah mampatan udara lebih tinggi, contohnya 40 bahagian udara dengan 1 bahagian petrol, ditulis sebagai 40:1. Sistem MPI biasanya menggunakan nisbah 14.7:1. Lebih banyak udara (oksigen), bermakna pembakaran lebih lengkap & menghasilkan lebih banyak kuasa.
Antara kekurangan DI pula, disebabkan petrol dipancit terus ke dalam silinder, jadi bahan tambah dalam petrol untuk membersihkan enjin (cleaning properties of fuel additives) tidak akan berfungsi. Oleh itu mendapan karbon akan berlaku memerlukan penyelenggaraan yang lebih kompleks.
Selain itu, bunyi enjin DI adalah lebih kasar seperti enjin diesel. Bunyi macam enjin lori senang cakap .
Rujukan:
- https://www.facebook.com/ProtonCarsOfficial/posts/3660753087281483
- https://www.wapcar.my/news/2020-proton-x50-has-2-turbo-engines-%E2%80%93-one-direct-injection-one-port-what%E2%80%99s-the-difference-5960
- https://auto.howstuffworks.com/direct-injection-engine2.htm
- https://www.youtube.com/watch?v=_KMyfpop9Fs