Macam ni rupa bubuk yang makan kayu tu

1 October 2020, 2:30 pm

Macam ni rupa bubuk yang makan #kayu tu.

Bubuk yang saya maksudkan di sini bukanlah serbuk perasa ⁽¹⁾, ataupun udang halus untuk buat belacan ⁽²⁾.

Ini adalah ulat bubuk, atau juga dipanggil ulat kayu ⁽³⁾, serangga perosak kayu macam anai². Kalau kat rumah ada lihat macam pasir keluar dari perabot kayu, tiang rumah atau siling, bubuk ni lah yang makan kayu tu.

Untuk elakkan kayu daripada dimakan bubuk, hendaklah dirawat dengan cat anti termite, ataupun guna cara murah #DIY, sapu kayu dengan minyak enjin terpakai.

⁽¹⁾ glosbe.com/id/ms/bubuk
⁽²⁾ www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/07/303837/bubuk-sarawak-diancam-kepupusan
⁽³⁾ mykamus.com/free/2010/09/bubuk

Pin It Send Copy Link

Komentar :