Ada tak pokok kayu GMO?

205740284_331648811738268_6495369361787814726_n.jpg

Selasa, 29 Jun 2021, 9:25 pm448

Kalau makanan boleh kita ubah suai genetik supaya cepat berbuah, ataupun buahnya tahan serangan penyakit, ataupun saiz buah menjadi besar & kurang biji, kenapa belum ada dengar lagi projek pokok yang diubahsuai genetiknya atau GMO (genetically modified organism) supaya kayu pokok tersebut lebih cepat membesar & meninggi, lebih keras, lurus & tahan serangan anai² atau bubuk ⁽¹⁾. Tanam dalam 5 tahun dah boleh ditebang untuk dijadikan kayu balak & plywood.

Ini persoalan yang saya dengar daripada The Modern Maker Podcast ⁽²⁾, podcast yang dihoskan oleh 3 orang Youtuber yang buat banyak projek dan kerja kayu – Ben Uyeda dari channel HomeMadeModern ⁽³⁾, Mike Montgomery dari channel Modern Builds ⁽⁴⁾, dan Chris Salomone ⁽⁵⁾. Ini susulan daripada topik harga kayu balak di USA yang melambung tinggi sekarang, antaranya disebabkan oleh kekurangan bekalan akibat pandemik & kes kebakaran hutan.

Kalau ada pokok kayu yang GMO macam tu, kan bagus dapat ditanam di tepi macam ni, lepas 5 tahun dah cukup masa untuk tebang, tak jauh nak ambil kayu dari dalam hutan, boleh guna buat perabot. Daripada tanam pokok yang tujuannya hanya untuk hiasan & teduh ⁽⁶⁾, nanti bila pokok tu dah tua & ditebang, kayunya tak dapat diguna selain daripada jadi kayu api.

Lokasi: Jalan Bako.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2020/10/macam-ni-rupa-bubuk-yang-makan-kayu-tu/
⁽²⁾ https://podcasts.apple.com/my/podcast/the-modern-maker-podcast/id1212235695?i=1000524410309
⁽³⁾ https://www.youtube.com/channel/UC6pdMJwtkbCNoQRwbaNt77A
⁽⁴⁾ https://www.youtube.com/channel/UCIxAaCJ84uefATKmazDyIjw
⁽⁵⁾ https://www.youtube.com/c/ChrisSalomone1
⁽⁶⁾ https://azwan082.my/2021/04/balik-dari-mesejid-bos-kena-hujan-jalan-jem-%f0%9f%9a%a5/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/331648831738266/

Tulis komen: