Dah cuci kotor balik 😅

133798005_222292349340582_6042777012235880523_n.jpg

Selasa, 29 Disember 2020, 11:10 am1,239

Waktu saya bermalam di hotel di , kebetulan malam tersebut adalah malam hari Krismas.

Kedai bersebelahan dengan hotel tersebut telah membakar mercun roket pada tengah malam.

133900144_222292386007245_4095781777115266930_n.jpg
133826611_222292429340574_7418367082534273114_n.jpg

Keesokan harinya, saya dapati banyak sisa² mercun berterabur di atas ini, termasuklah kereta² penginap hotel yang lain.

Tak kisah sangat pun sebenarnya. Kereta ni pun belum lagi dicuci sejak beberapa minggu lalu semasa berada di Kuching.

Kat Kuching saya letak si ni di tempat parking yang berbatu dan berpasir. Akibatnya, jadi jamban kucing lah tempat tu. Habis tayar depan bertempek dengan cebisan 💩.

Dalam perjalanan ke Sibu, tiap kali keluar kereta, ada la disapa oleh aroma semerbak 🤢.

Oleh itu, sebelum meneruskan perjalanan ke Bintulu, saya hantar kereta ni ke Auto Spa Carwash. Berikut merupakan gambar sebelum dan selepas menjalani rawatan spa 😆.

Seperti yang semua maklum, lebuhraya Pan Borneo masih lagi dalam pembinaan, jadi tak dapatlah kereta ni kekal bersih. Bila sampai Bintulu, dah kembali tebal dengan debu & percikan air tanah & lumpur 🛣.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/222292452673905/

Pingback: Tukar rim, spanar tayar pun kena tukar

Tulis komen: