Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Kitar semula surat khabar lama sebagai bekas semai (newspaper pots)

Khamis, 3 Disember 2020, 5:00 pm0

Menyemai benih tumbuhan menggunakan kertas kitar semula seperti surat khabar atau majalah memberi beberapa kelebihan seperti:

  • Lebih murah & mudah berbanding menggunakan polibag
  • Boleh tanam terus ke tanah & kertas akan lupus sendirinya, tidak seperti polibag
  • Kertas² terpakai tidak hanya dibuang tanpa dimanfaatkan kegunaannya
128273933_205416747694809_3142231160073133063_n.jpg

① – Ini benih tomato ceri baru disemai 4 hari, dah mula bercambah 😁.

Cara nak buat bekas semai atapun newspaper pots ini mudah saja:

128063488_205416741028143_7485656233447361658_n.jpg

② – Secara asasnya, surat khabar atau kertas terpakai hendaklah dipotong memanjang, supaya dapat digulung.

Kemudian dapatkan apa² objek yang berbentuk silinder pada saiz yang sesuai, sebaiknya saiz kecil atau sederhana, seperti botol, bekas peanut butter, atau paip 1”. Di sini saya menggunakan tin sticker remover ini.

Gulungkan saja kertas surat khabar pada tin tersebut. Pada satu hujung kertas, gulungkan di luar tin.

129359912_205416727694811_4008846241667944160_n.jpg

③ – Tujuan hujung kertas ini digulung di luar tin ialah supaya dapat dilipat tutup menjadi dasar bekas.

129779149_205416737694810_7805837285547851003_n.jpg

④ – Letakkan newspaper pots yang dah siap pada bekas lain, sebaiknya isi terus dengan tanah supaya gulungan dan lipatan tidak terbuka balik.

Ini baru projek pemula (pilot project), lepas ni saya nak cuba semai bermacam² jenis pokok sayur lagi, seperti capsicum (bell pepper), zucchini, markisa, etc. – tumbuhan² yang jarang orang nak tanam. Kalau ada permintaan untuk anak pokok, boleh saya buat jadi bisnes ni, sumber (tanah , benih, kertas, air) & tempat untuk buat dah ready 😎.

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/205416811028136/

Pingback: Resipi sayur stir-fry rasa macam ada tambah daging 🥩

Pingback: Resipi sayur stir-fry rasa macam ada tambah daging 🥩

Tulis komen: