Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Pagi² jalan pusing satu Kuching, ini siri Raon Kuching dashcamdrive, part 1

Rabu, 6 Januari 2021, 5:55 pm0

Hujung minggu biasanya agak lengang. Kalau cuaca baik, ramai pengayuh basikal menunggang di sekitar jalan dalam bandar, sebagai senaman mingguan.

Saya pulak memilih untuk memandu sekeliling bandaraya Kuching. Kuching taklah besar sangat, dalam 1 jam boleh habis raon satu bandar.

Dalam part 1 ini, saya bermula dari Mita Cake House di Satok, ke Emart Xpress Demak Laut. Sepanjang perjalanan dapat dilihat beberapa tempat tumpuan ramai seperti Medan Niaga Satok, Masjid Jamek Negeri Sarawak, Pustaka Negeri, jalan ke stadium² utama Sarawak, dan juga laluan yang sering digunakan oleh pengayuh basikal iaitu jalan ke Demak Laut.

Perhatikan pokok² angsana di sepanjang jalan Tun Abdul Rahman Yakub (berdekatan Masjid Jamek & Pustaka Negeri). Pada masa rakaman, pokok² ini masih dalam proses untuk ditebang kesemuanya, sebab pokok² ini boleh mengancam keselamatan pemandu. Pokok² ini sudah berusia 30-40 tahun, bila ada angin kencang atau ribut, dahan dan ranting dari pokok ini akan jatuh & membahayakan pengguna jalan ⁽¹⁾.

Tonton video ini di Youtube :

▶ https://youtu.be/9JGgCFbrKjo

⁽¹⁾ https://www.theborneopost.com/2020/12/24/felling-of-angsana-trees-for-safety-of-road-users/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/227457735490710/

Pingback: Balik dari mesejid, bos kena hujan & jalan jem 🚥

Tulis komen: