Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Mercu tanda bandar Simanggang, Sri Aman: Burung merpati

135497718_227933255443158_2013611152758802546_n.jpg
136355579_227933302109820_5264529500547451436_n.jpg

Khamis, 7 Januari 2021, 11:15 am0

Landmark Simanggang, Sri Aman.

Simanggang adalah nama asal bagi Sri Aman. Nama Sri Aman dah digunakan sejak 1974 sempena perjanjian damai antara kerajaan Sarawak dengan komunis Kalimantan Utara. Pada Oktober 2019, bandar ini dinamakan balik kepada , sementara nama bahagian kekal Sri Aman ⁽¹⁾.

Jarak antara Simanggang dengan Serian adalah kira² 132 km. Kalau memandu, saya mengambil masa kira² 2 jam 30 minit untuk sampai, sebab saya ada berhenti di Petronas Simpang Gedong, pasar Balai Ringin dan Petronas Lachau. Tambahan pula masih lagi dalam pembinaan, tak dapat nak pecut² sangat.

untuk bandar Simanggang ialah tugu burung merpati ini, terletak di bulatan di tengah² bandar. Kalau memandu terus ke dalam bandar, utama akan berakhir di bulatan ini.

Kalau anda pertama kali memandu di sini, jangan hairan tengok kenderaan semua bergerak perlahan, orang Simanggang drive slow motion agaknya 😅. Walaupun lebar jalan yang luas, mungkin disebabkan permukaan jalan yang tidak rata, kemudian di jalan utama terdapat banyak simpang masuk keluar, manakala di tengah² bandar jarak antara persimpangan jalan agak pendek, jadi mungkin pemandu tidak dapat nak memandu laju di sini.

Selain daripada tugu burung merpati, terdapat juga monumen lain yang mungkin anda terserempak semasa dalam perjalanan, seperti arca monyet emas ini yang terletak di stesen Shell KSM.

🐒 Munyit~!

⁽¹⁾ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/510796/sri-aman-jadi-simanggang-semula

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/227933342109816/

Tulis komen: