Kuching - Samarahan sangat perlukan jalan & jambatan baru

Jumaat, 7 Mei 2021, 8:00 pm1,520

Baru semalam saya bercerita dengan adik saya pasal traffic jam waktu pergi & balik kerja di kawasan business district & ke kawasan perumahan di . Hari ni terus saya dapat gambar plan & jambatan baru untuk mengurangkan kesesakan jalan antara Kuching & Samarahan.

Bagi penduduk yang tinggal di kawasan Samarahan & bekerja di Kuching, mereka hanya ada 2 pilihan jalan untuk pergi & balik:

  • Kuching – Samarahan expressway
  • Jalan Muara Tuang
181351957_299624928273990_3236717524340547375_n.jpg

① – Dalam plan baru nanti akan dibuat jambatan berdekatan BCCK dan Sejingkat Central ⁽¹⁾, menyambungkan bahagian Kuching di seberang sungai Sarawak, ke jalan sebelah ke Samarahan di jalan Kpg Tanjung Bako, yang menyambungkan ke expressway di bulatan ke ILP & Sains. Cuma dalam info tersebut tak jelas dinyatakan adakah kedua² jambatan dibina, ataupun salah satu sahaja, sebab dalam gambar hanya tunjuk jambatan yang dicadangkan & ada option A & option B.

Kemudian nanti ada lagi jalan baru yang akan menyambungkan jalan Kpg Tanjung Bako sehingga ke bulatan pentagon kat pusat Kota Samarahan. Asalnya saya ingat dibuatkan jalan dari Tanjung Bako ke bulatan Summer Mall, pun ok jugak sebab kawasan sini banyak perumahan & tumpuan ramai orang yang pergi balik kerja.

Untuk jambatan dekat BCCK, secara fizikal ada nampak ditutup kawasan tersebut & dilapangkan kawasan, dapat dilihat dari Google Maps. Dijadualkan keseluruhan projek siap 4 tahun lagi.

183457449_299624934940656_8505141081404821873_n.jpg

② – Manakala kat MJC Batu Kawa pula, adik saya dapat info yang bulatan besar yang di tengah²nya ada taman rekreasi tu, nanti mungkin akan dibuat lebih besar lagi. Dalam Google Maps pun dah boleh nampak kawasan yang akan dibuat jalan tersebut. Bulatan tersebut mungkin merangkumi Pines Square yang bertentangan dengan MJC, sekarang dah banyak siap pembinaan bangunan kat sana.

⁽¹⁾ https://kuchingborneo.info/kuching-samarahan-bridge-to-be-built-in-four-years

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/299624991607317/

Pingback: Taman Rekreasi Batu Kawa dalam album panorama 360

Tulis komen: