Review Hotel 91 Street Boutique Inn, Miri
Rabu, 27 Januari 2021, 3:10 pm0
Hotel ini terletak di kawasan perniagaan Marina Parkcity, #Miri. Banyak bangunan kedai di sini, dan tempat letak kereta juga mudah didapati, tak perlu guna kupon.
Tempat tumpuan ramai seperti Coco Cabana & Miri Central Park jaraknya hanya dalam 1 km dari hotel ini. Petang² ramai yang pergi berjoging ke tempat² tersebut sambil menikmati suasana matahari terbenam.
Lobi hotel 91 Street Boutique Inn ini terletak di aras ke-2 bangunan kedai, kat bawahnya ada kedai elektrik. Saya dapat bilik di aras ke-3, dan tak ada lif disediakan. Jadi, exercise naik tangga angkat beg .
Berkenaan WiFi pula, tak ada password diberi pada kunci kad, dan saya tak pulak check kat lobi. Tak apa, sebab line Celcom 4G bagus, dapat tengok Buletin Utama live di Youtube, sebab TV bilik tak ada signal langsung.
Ulasan selanjutnya untuk #reviewhotel ini boleh anda baca di album #panorama360 ini:
Terdapat beberapa kekurangan pada bilik hotel ini yang perlu diperbaiki, dan dengan harga kira² RM52 satu malam, saya bagi ★★☆☆☆. Kira cukup makan lah .
Tugu Buah Sawit, mercu tanda pekan Bekenu
28 Januari 2021
Tugu Sayur Sawi, mercu tanda pekan Tapah, Siburan
26 Januari 2021