Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Tugu Sayur Sawi, mercu tanda pekan Tapah, Siburan

143071490_238811711021979_7110686218505104390_n.jpg

Selasa, 26 Januari 2021, 10:55 am0

Landmark Tapah.

Kalau kat Malaya ada R&R Tapah di lebuhraya Utara-Selatan, di Sarawak ada Tapah di batu 22, lebuhraya Kuching-Serian, selepas .

Selalunya kalau saya ke Serian, tak ada singgah mana² pekan di sepanjang perjalanan. Tu yang bila saya dapat tahu ada tugu kat sini, terus tak lepas peluang untuk ambil gambar :

Terdapat beberapa kedai runcit & kedai makan berdekatan dengan taman rekreasi Tapah, lokasi tugu ini. Kalau bergerak dari arah bertentangan, menuju ke Kuching, terdapat Tapah Sentral ⁽¹⁾, kawasan pembangunan baru (development area) di bahagian kiri. Di sini terdapat banyak bangunan kedai & taman perumahan baru yang pembinaannya telah bermula pada 2011.

Di sepanjang jalan Kuching-Serian dekat Tapah ini, dapat dilihat kebun² sayur & tapak semaian sawit, mungkin sebab itu tugu sayur sawi dibina sebagai simbolik pekan ini.

⁽¹⁾ https://www.facebook.com/tapahsentral/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/238811707688646/

Tulis komen: