Taman Panorama Benak, Simanggang

19 February 2021, 2:05 pm

Taman Panorama Benak, #Simanggang.

Benak merupakan fenomena ombak di sungai, yang berpunca daripada air pasang yang naik dengan cepat dari laut, ke muara, hingga ke hulu sungai, sehingga menghasilkan ombak 🌊.

Fenomena unik ini hanya terdapat di 65 tempat di seluruh dunia, termasuk 4 tempat di Sarawak, iaitu Batang Lupar, Batang Sadong, Batang Samarahan & Batang Saribas ⁽¹⁾.

Dulu waktu sekolah rendah saya tinggal kat Gedong, dekat dengan pertemuan Batang Sadong & Batang Skrang, selalu dengar bunyi ombak semasa air pasang, sehinggakan dari bilik darjah di sekolah rendah kami nampak air ombak benak di sungai.

Taman Panorama Benak ini dibina bagi menempatkan pengunjung yang datang untuk menyaksikan pesta benak tahunan yang biasanya diadakan pada bulan Mei ⁽²⁾. Cuma tahun lalu tidak diadakan sebab kubit~ 🦠.

Walaupun begitu, masih boleh datang ke sini untuk tengok² tempat, ataupun secara maya (virtual tour) melalui album #panorama360 ini:

🌐 azwan082.my/pano/taman-panorama-benak-2020

⁽¹⁾ www.utusanborneo.com.my/2019/10/25/sri-aman-jadi-tumpuan-pengunjung-dengan-bermula-pesta-benak-2019
⁽²⁾ sarawaktourism.com/blog/watching-the-tidal-bores-in-sri-aman-sarawak-malaysia

Pin It Send Copy Link

Komentar :

One thought on “Taman Panorama Benak, Simanggang”

Comments are closed.