Review Hotel Permai, Sibu

Rabu, 3 Februari 2021, 10:40 am
Hotel ini terletak berdekatan dengan kawasan Hospital #Sibu. Bagi mereka yang dalam perjalanan hanya singgah transit semalam di Sibu, hotel ini sangat sesuai sebab tak perlu nak masuk ke dalam bandar Sibu & menghadap kesesakan jalan di sana.
Walaupun terletak di kawasan lot kedai, tempat letak kereta agak terhad. Tapi lokasi ini memudahkan (convenient), sebab ada kedai makan (Permai Food Court) & kedai runcit (G-mart) bersebelahan, boleh jalan kaki saja ke sana.
Saya dapat bilik di aras ke-2, ada lif disediakan untuk kesemua 3 aras.
Baca ulasan lanjut #reviewhotel ini di album #panorama360:
Berkenaan WiFi pula, tak ada password diberi kat kad kunci bilik & saya tak check pula kalau ada ditunjuk kat lobi. Tambahan pula, disebabkan bilik yang saya dapat terletak di tengah² bangunan, signal internet phone jadi tak kuat, kadang² hanya dapat E.
Dengan caj RM50 satu malam, bilik hotel ini pun ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki, tapi masih memuaskan, jadi saya bagi ★★★☆☆.
PKP seluruh negara dilanjutkan hingga 18/2/2021
4 Februari 2021
Tugu Burung Swan, mercu tanda bandar Sibu
2 Februari 2021