Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Belajar main saham bersama Running Man 😂

158994762_268717524698064_7745579038963330513_n.jpg
161717688_268717531364730_4179022933222224148_n.jpg

Rabu, 17 Mac 2021, 2:00 pm0

Dalam episod 543 & 544, 2-3 minggu lalu, ahli bermain game saham, guna duit mainan tapi menggunakan maklumat harga saham yang sebenar. Harga saham² dari syarikat IT, syarikat hiburan, bioteknologi, makanan & perkapalan diambil dari tahun 2011 hingga 2020.

Apa yang menarik disini ialah bagaimana game ini menunjukkan asas bermain saham, dan apa yang paling penting dalam saham ialah maklumat. Maklumat berkenaan isu semasa, ataupun yang berkait rapat dengan industri syarikat yang anda labur.

Dah ada maklumat, seterusnya kena pandai mentafsir maklumat itu untuk menjangkakan sama ada harga saham naik atau turun, kemudian bertindak sama ada nak membeli, menjual atau menyimpan dulu saham tersebut.

Ji Suk Jin yang dah lama dikenali bermain saham, nampak sangat teruja nak bermain game ni. Tapi hujung², boleh lihat dalam gambar, Yang Se Chan yang menabur duit hasil ‘keuntungan’ sahamnya 😂.

Episod 546 minggu lalu pula, mereka bermain lagi game guna nerf gun ⁽¹⁾. Tapi apa yang menariknya, dah lama tak ada tetamu (guest) yang berjaya menjalankan role sebagai spy sehingga kesemua ahli Running Man tak dapat teka.

Respect! 😎

Nak tengok episod terbaru atau yang lalu², boleh tengok kat kshow123 dot net.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2020/08/final-game-running-man-terbaru/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/268717574698059/

Pingback: Running Man main game saham lagi

Tulis komen: