Dulu² beli Mi Lee Fah boleh dapat radio ni free

162485835_272139461022537_1292763308823930332_n.jpg

Selasa, 23 Mac 2021, 1:00 pm1,413

Seingat saya, kena beli bungkusan besar mi yang ada dalam 10 paket, dapatlah pocket macam ni free, kat label Johnsonville tu ada tulis Lee Fah Mee.

Kalau diperhatikan, kat tuner boleh cari FM dan TV. Teringat kecil² dulu, memang ada radio yang dapat tangkap siaran hingga boleh dengar TV dari radio. Dapat dengar cerita Mr. Bean kat TV3 😆.

Ada juga sesekali tengah cari² siaran, tiba² dapat signal telefon landline, waktu tahun 90-an dulu, tapi tak dapat jelas perbualan orang dalam talian. Rasa macam boleh jadi spy pulak 😎.

Sekarang, signal TV dah digital semua, siaran radio pun ada dengar tak lama lagi nak ditukarkan ke digital.

Siapa yang masih ada lagi simpan radio Lee Fah Mee ni?

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/272139491022534/

Tulis komen: