Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Pantai Tanjong Batu, Bintulu, dalam album panorama 360

164147449_273110854258731_8687995203971173913_n.jpg

Rabu, 24 Mac 2021, 5:00 pm0

Pantai ini merupakan pantai utama yang terdapat di . Kawasannya luas, ada 4 zon parkir kenderaan. Ramai penduduk tempatan datang ke sini petang² untuk beriadah, dan ramai juga sekadar berkelah dan melepak.

Sesuai dengan namanya, di sepanjang pantai ini ada 3 tanjung dengan timbunan batu, 2 daripadanya tak dapat diakses semasa saya datang ke sini awal tahun ini, kerana keadaan laut bergelora & ombak besar.

Tengok kat Instagram

@azwan082

Ini merupakan album yang paling besar saya ambil, ada 40 gambar kesemuanya. Proses untuk mengambil gambar & memproses gambar tak mengambil masa lama, cuma nak meng-edit & mengenalpasti hotspot untuk menyambungkan satu lokasi ke lokasi lain tu yang banyak kerja.

Tambahan pula pantai ni luas, dengan banyak gerai & restoran, taman permainan, tempat bersenam, laluan pejalan kaki dari zon parking no. 1 hingga 4, melintasi tebing² laut dan pantai, itu yang membuatkan proses menyiapkan album ini agak mencabar, kena lagi dengan lokasi gambar yang saya ambil jauh², pening juga nak kenalpasti, kat mana saya ambil gambar tu oo 🤔?

Ini juga album terakhir saya ambil semasa jalan² cuti hujung tahun lalu. Lepas ni, saya akan paparkan tempat² yang berdekatan dengan Kuching saja. Tak dapat jauh² sangat jalan, kena roadblock PKP.

Nah, rasakan berada kat pantai ni secara maya (virtual tour) di:

Saya mengambil gambar di kawasan parking no. 4, tempat ada canopy walk tu, 2 hari sebelum ke Miri. Bila dah balik dari Miri, baru ambil gambar yang lain², dan waktu tu dah pun tahun baru, jadi senang tulis, album ni diambil pada Januari 2021.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/273110870925396/

Pingback: Cuti hari Sarawak berkerajaan sendiri

Tulis komen: