Dulu² beli Mi Lee Fah boleh dapat radio ni free

Selasa, 23 Mac 2021, 1:00 pm
Seingat saya, kena beli bungkusan besar mi yang ada dalam 10 paket, dapatlah pocket #radio macam ni free, kat label Johnsonville tu ada tulis Lee Fah Mee.
Kalau diperhatikan, kat tuner boleh cari FM dan TV. Teringat kecil² dulu, memang ada radio yang dapat tangkap siaran #TV hingga boleh dengar TV dari radio. Dapat dengar cerita Mr. Bean kat TV3 .
Ada juga sesekali tengah cari² siaran, tiba² dapat signal telefon landline, waktu tahun 90-an dulu, tapi tak dapat jelas perbualan orang dalam talian. Rasa macam boleh jadi spy pulak .
Sekarang, signal TV dah digital semua, siaran radio pun ada dengar tak lama lagi nak ditukarkan ke digital.
Siapa yang masih ada lagi simpan radio Lee Fah Mee ni?