Jalan² di Pantai Pugu, Lundu, awal tahun ni sebelum kena PKPB

Rabu, 7 April 2021, 11:30 am

Jalan² di Pantai Pugu, , awal tahun ni sebelum kena PKPB.

Sebelum ni saya ramal PKP/B akan berlanjutan hingga Mac ⁽¹⁾, sekarang dah April, masih lagi kena sekatan melintas daerah. Belum lagi dapat melancong ke ‘Lundun’ 😆.

Mungkin kena tunggu hingga bulan Ogos baru reda sikit kobit. Masih ramai orang berdegil nak berkumpul ramai², lebih² lagi tak lama lagi raya & gawai.

Buat masa sekarang, kat dunia maya saja dulu.

① – Dari pantai Pugu boleh nampak 2 pulau Talang-Talang Besar & Kecil. Pulau² ini adalah antara lokasi terpenting dan utama dalam usaha pemuliharaan penyu ⁽²⁾.

② – Ini adalah teritip jenis leher angsa (gooseneck barnacle), banyak melekat pada kayu² yang terdampar di sepanjang pantai Pugu.

Rupanya teritip jenis ni boleh dimakan, kat Sepanyol & Portugal, sekilo teritip gooseneck boleh mencecah harga RM2000 😱 ⁽³⁾.

3 bulan lalu, keadaan laut berombak besar, sampai nampak berkabus kat tepi pantai:

Tengok kat Instagram

@azwan082

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/01/kucing-kerja-grab-pkpb-seluruh-sarawak/
⁽²⁾ https://www.facebook.com/323503628008022/posts/367162046975513/
⁽³⁾ https://torontolife.com/food/trend-watch-percebes-gooseneck-barnacles/

Komentar (0):

Source: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/280923696810780/

Tulis komen: