Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Melawat pantai di Kuala Terengganu, sesi pagi

Selasa, 9 Mei 2023, 7:40 pm0

Tercapai juga hajat nak bergambar kat ikonik ini.

F4A5FA93-1251-4D7E-AD7B-11486473AC17-scaled.jpeg
Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

Jam 09:00, isi minyak penuh, singgah kat satu kawasan lapang di tepi Sungai Terengganu di sini, tak berapa ramai orang waktu pagi, cuaca pun dah mula panas.

Simpang ke kanan nak masuk terus ke padang ini ditutup, kena naik jambatan pastu U-turn, baru dapat masuk ikut belok kiri. Tak nampak jambatan ini diangkat, sebab tak ada kapal nak lalu 😅.

EA2DD03F-809A-4149-8D41-25E005FEBEDE-scaled.jpeg
Pantai Batu Burok.

Saya ikut saja lokasi yang ditunjukkan oleh Google Maps. Pantai ini terletak di belakang barisan rumah, macam Pantai Puteri kat Santubong.

Ada laluan pejalan kaki dilapis dengan bata landscaping, tapi belum siap sepenuhnya. Tak ada gerai² jualan kat sini.

EBF1F5A0-B889-49C7-A750-52DFE82F50C0-scaled.jpeg
Masjid Terapung Kuala Ibai.

Terletak di dalam kawasan Taman Awam Lagun Kuala Ibai. Jalan masuk ke taman ini, belok kanan, kalau belok kiri, ke kelab main qudda 🐎.

Jalannya satu hala, orang ramai berpiknik kat sini ambil udara sejuk di kelilingi tasik & muara sungai, di bawah teduh pokok ru yang banyak di sini.

43C5400A-2EAB-4E58-B55E-CF6BD765EB05-scaled.jpeg
Pantai Chendering.

Terletak bersebelahan dengan Lagun Kuala Ibai, dipisahkan oleh Sungai Ibai. Kena lalu kawasan kampung untuk ke sini.

Seperti Pantai Batu Burok, tiada kemudahan khas untuk pelancong, yang ada hanyalah seperti pondok, bangku, tangki & bilik air untuk kegunaan penduduk sekitar.

Ada satu menuju ke kawasan Pantai Muka Kuala Chendering (kalau tengok kat Google Maps). Dari Lagun Kuala Ibai, dapat diperhatikan ia kawasan taman dengan banyak pokok ru & ramai pengunjung bersantai di sana. Saya cuba nak ke sana, tapi laluan ke sana macam tempat pembuangan sampah, jalannya bertanah, ada berbatu tajam & pasir longgar, kalau tayar kereta tersangkut kat situ, tak dapat nak keluar, tak ada 4×4 😬.

68CA259F-BAB0-4D95-A2C4-4DFDECBE2159-scaled.jpeg
Pantai Pandak.

Sama seperti Pantai Chendering, ini kawasan kampung, tak banyak kemudahan awam untuk pelancong. Pasir di kawasan ini juga nampak kering & lembut, bila drive, rasa tak ada grip. Laju² drive kat kawasan berisiko tayar tenggelam 😅.

Cuaca dari pagi memang dah panas. Bila sampai sini, kira² jam 11:00, dah berbahang, kering, tapi ada juga sekeluarga dengan anak kecil masih main air tepi pantai. Bahaya betul, dah la hari sebelumnya ada berita kanak² meninggal akibat strok haba kat Kelantan.

501C56AC-073D-459F-B47A-4435225BFBB5-scaled.jpeg
Taman Rekreasi Pulau Kekabu.

Tempat ini digelar pulau sebab terpisah daripada daratan utama. Terletak di muara Sungai Marang. Nak ke sini, kena masuk lalu jambatan yang sempit. Hanya ada satu jambatan masuk & satu jambatan keluar.

Mula² ingatkan motosikal saja dapat masuk, tapi tengok kereta lain ok jak jalan, ikut sajalah. Tengok kat dalam, sampai lori & hailak pun boleh masuk 😁.

Kawasan ini seperti Lagun Kuala Ibai, dipenuhi pokok ru & banyak orang parking & berpiknik bawah pokok. Ada juga kawasan pantai tapi dah masuk tengahari, cuaca panas terik, tak ada yang pergi tepi pantai, kecuali seorang budak hitam dalam gambar tu 😳.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/907341527099427/

Pingback: Melawat pantai di Kuala Terengganu, sesi petang

Tulis komen: