Lepas ni takda lagi orang yang Jaesuk nak sampuk cakap ![😭](https://s.w.org/images/core/emoji/15.0.3/72x72/1f62d.png)
![179166989_293655668870916_6923939679892425536_n.jpg](https://azwan082.my/wp-content/uploads/2021/04/179166989_293655668870916_6923939679892425536_n.jpg)
Selasa, 27 April 2021, 8:00 pm0
Seperti yang tular hari ini, Lee Kwang Soo akan meninggalkan rancangan candawara #RunningMan yang dia telah sertai selama 11 tahun ⁽¹⁾. Antara sebabnya adalah untuk menumpukan kepada pemulihan kecederaan yang dialaminya dalam kemalangan setahun lalu.
Penggambaran episod terakhir bersama Kwang Soo adalah pada 24 Mei depan ⁽²⁾, dan staf penerbitan menyatakan tiada rancangan untuk mencari ahli baru menggantikan Kwang Soo.
Lepas ni tak ada lagi 등신 Kwang Soo, hanya ada 등신대 dia saja.
—
Kebetulan beberapa hari kebelakangan ini saya tengok balik Running Man episod² awal tahun 2010. Memang kehadiran Kwang Soo terlalu sedikit untuk memberi impak. Hanya selepas Joong Ki berhenti yang Kwang Soo mula menggila² dengan karakter ‘pembelot’, hinggalah jadi Asian Prince.
⁽¹⁾ https://www.allkpop.com/article/2021/04/lee-kwang-soo-to-leave-the-cast-of-running-man-after-11-years
⁽²⁾ https://www.allkpop.com/article/2021/04/sbss-running-man-bids-farewell-to-forever-cast-member-lee-kwang-soo-in-an-official-statement
28 April 2021