Seminggu lagi start puasa, hari ni saya belanja sushi Emart 
Selasa, 6 April 2021, 12:00 pm
Belanja gambar sushi jak lah . Selain daripada set sushi yang paling murah – 6 biji dengan harga RM6.80, berikut adalah set² #sushi yang ada dijual di #pasaraya Emart ⁽¹⁾:

① – Ini set yang besar saiznya, 10 biji sushi dengan inti pelbagai, harganya RM10. Kalau rasa lapar sangat, barulah saya beli set ini .

② – Ini set premium, ada banyak isi salmon & tauhu manis, harganya RM13.90. Ada masa tertentu kalau teringin nak #makan salmon, barulah belanja lebih sikit.
Masih lagi murah daripada nasi kandar kambing .

③ – Ini pula kacukan Korea & Jepun – set sushi bibimbap, harga RM7 sahaja. Macam nasi campur, ada lauk salmon goreng, telur rebus, sayur² macam acar timun + tomato & sos cili + mayonis.
Kalau beli set ni, kena bawa sudu sendiri, sebab tak disertakan sekali. Ini saya beli tahun lalu, waktu jalan² ke Lundu ⁽²⁾, tak ada bawa sudu, terpaksa makan bibimbap macam makan nasi lemak .
—
Normal baharu, jalan² makan dalam kereta saja. #StayAtHome? Bukan, #StayInCar .
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2020/08/cara-nak-bayar-secara-self-checkout-kat-emart-tabuan/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2020/10/jalan-ini-merupakan-jasa-peninggalan-arwah-tok-nan/