Android atau iPhone, mana satu lagi bagus?

Isnin, 14 Jun 2021, 9:50 pm

Android atau iPhone, mana satu lagi bagus?

Ini soalan yang selalu saya dapat waktu buat mobile app development dulu. Dan seperti kata banyak car reviewer – beli kereta yang sesuai untuk diri anda, saya pun selalu sarankan kepada yang bertanya – beli telefon yang sesuai untuk anda. Cuma ramai yang tak tahu telefon apa yang sesuai untuk mereka.

Ada yang bertanya harapkan satu jawapan konkrit – nakkan telefon yang paling cantik, paling mahal, paling laju / responsif, paling banyak lubang kamera, skrin paling clear / besar, dapat main banyak game tak ada lag, macam² lagi kerenah. Mereka hanya nakkan telefon yang lebih bagus daripada orang lain, mungkin supaya dapat show off 🤷‍♂️.

Beli telefon baru memang seronok, cuma ramai yang terlepas pandang aspek penggunaan. Adakah mereka biasa guna atau ? Di manakah data² mereka disimpan sebelum berpindah ke telefon baru? Perlukan kamera terbaik ataupun kapasiti storan yang banyak 📱?

Kalau anda dah biasa guna Android, teruskan guna Android. Mungkin apabila berpindah ke iPhone, cara guna dan cara kerja (workflow) akan berubah. Banyak yang dapat buat dalam Android, tak dapat dibuat dalam iPhone, seperti simpan data dalam SD card.

Sama juga apabila berpindah dari iPhone ke Android, ramai yang mendakwa Android kurang responsif berbanding iPhone, terutamanya aplikasi kamera yang selalu sangkut waktu ambil gambar. Pada pendapat saya, telefon high-end Android lebih kurang sama saja prestasinya dengan iPhone, contohnya Samsung Galaxy S21.

Lepas tu dalam Android, cloud service yang digunakan kebanyakannya ialah daripada Google. Jadi maklumat contact, password, backup data, termasuk sejarah chat Whatsapp, semuanya disimpan di Google cloud service (ataupun dalam storan telefon).

Dalam iPhone, maklumat² tersebut disimpan dalam iCloud service. Bila berpindah dari Android ke iPhone, ramai yang complain mesej Whatsapp semua hilang. Sebenarnya tak hilang, cuma backup disimpan di cloud service yang berbeza.

Bagi yang tak pernah guna smartphone, khususnya orang² tua, lebih baik gunakan platform yang sama digunakan oleh orang terdekat. Contohnya anak² yang mahu belikan phone untuk orang tua mereka, belikan sama platform (Android atau iPhone), supaya senang untuk mengajar mereka cara guna telefon tersebut. Kalau ada apa² kesulitan, senang mereka nak merujuk dengan orang terdekat 👵.

Smartphone sekarang dah jadi keperluan setiap orang, jadi tak perlulah korbankan keinginan untuk nampak lebih atas daripada orang lain sehingga sendiri susah tak dapat untuk buat kerja harian menggunakan telefon tersebut. Antara Android & iPhone, tak ada yang menang, masing² dibina untuk menyenangkan kerja harian kita ✌️.

P.s: ngeso telefon power tapi sikda data internet 🤣.

Komentar :

Topik² lain:

Apple dashcamdrive DIY duit ekonomi emau gitar hargapetrol howto jalan kebun kereta Kuching lagu laptop LigaMalaysia LigaSuper2020 LigaSuper2021 Mac makan mercutanda minimalis minum Miri muzik PanBorneo panorama360 pasaraya politik puasa raya resipi RunningMan sayur senaman Serian Sibu Simanggang spotify StreetView Thinkpad TSMY vivaturbo Windows workout