iPhone DuaBelas kembali dengan design tepi rata (flat edge)

122082987_187042832865534_7496173674720171914_n.jpg

Isnin, 19 Oktober 2020, 1:15 pm709

Pada pendapat saya, design macam ni lebih ergonomik, sebab telefon lebih senang dipegang, daripada tepi melengkung (rounded edge) sejak 6 hingga iPhone 11, yang mudah tergelincir dari genggaman tangan.

Ada macam² ciri baru kat telefon ni, banyak pihak media lain dah senaraikan, tak perlulah saya tulis lagi.

Tapi yang paling banyak orang komplen & buat hasut maya (troll) adalah ketiadaan pengecas & earphone disertakan dalam pakej pembelian iPhone 12. Antara tujuannya menurut ialah, kotak pakej iPhone dapat dikecilkan, oleh itu sebiji lori atau kontena kapal dapat memuatkan lebih banyak kotak iPhone. Dengan itu dapat mengurangkan bilangan penghantaran, sebab sekali jalan dapat hantar lebih banyak kotak, dulu kotak tebal mungkin dapat hantar 100,000 biji, sekarang dah dapat hantar 200,000 biji, contoh saja.

Pada pendapat saya, ia mungkin salah satu strategi pemasaran percuma (free marketing). Apple mengambil langkah yang agak kontroversi begini supaya orang ramai & media ada perkara untuk dicakapkan & dibincangkan. Lebih ramai yang bercakap & memberi respon, sampai ada sesetengah orang yang tak beli pun, tapi rajin betul buat video & kartun troll pasal produk mereka, oleh itu lebih ramai yang menyedari (aware) akan kemunculan produk baru ini.

Tapi jangan pulak lepas 2-3 tahun nanti Samsung, Xiaomi, OnePlus, Vivo atau Oppo ikut tak bagi charger sama 😏.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/187042829532201/

Tulis komen: