Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Cicak berumah dalam kereta

227478109_350898629813286_3312095526143479513_n.jpg

Khamis, 29 Julai 2021, 10:00 pm0

Al-kisah dalam 4 tahun lalu saya ada drive ke Miri. Dari rumah kat Kuching, ada seekor cicak melekat kat cermin depan dalam perjalanan ke Serian. Lepas tu tak tau ke mana cicak tu pergi, mungkin masuk dalam ruang enjin kereta 😳.

Bila dah balik dari Miri, kira² dalam perjalanan singgah kat Sibu, hari lebat, tiba² muncul balik cicak tu, melekat kat cermin tepi kereta, gigih berpaut kat cermin waktu kereta bergerak laju dengan disiram air hujan lagi 😆.

Akhirnya bila dah balik ke Kuching semula, park kereta dalam kawasan rumah, nampak balik cicak tu keluar ke cermin depan. Adoh si cicak, ikut cuti sampai ke Brunei jugak ko ya 😂.

Ni waktu saya pergi pasang speaker bulan lalu ⁽¹⁾, ternampak ada telur cicak dalam door panel ni. Si cicak tu dah tak tau kat mana, takda lagi tengok melekat kat cermin kereta waktu driving, tapi ni dah berumah pulak kat sini 🦎.

🙄

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/06/diy-pasang-speaker-belakang-perodua-viva/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/350898659813283/

Tulis komen: