Rabu, 23 Jun 2021, 8:33 pm
Mural kita-jaga-kita di tepi Hikmah Exchange.
Terletak di bangunan Kolej SIDMA di jalan Haji Taha, #Kuching, #mural ini siap Disember tahun lalu & merupakan projek bersama MOTAC & NADMA ⁽¹⁾.
Berdekatan dengan mural ini juga bangunan Hikmah Exchange, yang dijadual siap tahun lalu, tapi nampaknya tergendala akibat pandemik sekarang. Tak cukup buruh asing mungkin 🤷♂️.
Bangunan ini apabila siap nanti merupakan bangunan yang dilengkapi dengan sistem digital pintar 📱, dan menempatkan premis pejabat 13 tingkat, dewan konvensyen, bilik mesyuarat, galeri, pusat komersial, #pasaraya & kawasan letak kenderaan bertingkat ⁽²⁾.
⁽¹⁾ sarawakvoice.com/2020/12/27/projek-mural-balai-seni-negara-siap-dalam-dua-minggu
⁽²⁾ www.thestar.com.my/metro/community/2017/04/10/hikmah-exchange-aims-to-strengthen-and-increase-value-of-malayowned-land-in-the-city
Komentar