Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Kereta tak berjalan, buka seat & cuci

195300797_324151865821296_3816797601836625726_n.jpg
194786163_324151842487965_361825144312015405_n.jpg

Khamis, 17 Jun 2021, 8:55 pm0

Saya nak cuba produk ni, foam cleaner brand Getsun, nak tengok berapa berkesan untuk mencuci kotoran pada seat . Dah beli lama sebelum PKP, belum lagi pakai, baru sekarang ada datang rajin sikit nak 😆.

Foam cleaner ni apabila disembur, akan menghasilkan buih halus, ada bau wangi lemon. Ia tak terlalu basah, jadi seat kereta dapat kering dengan cepat. Tapi itu juga saya rasa kekurangannya, sebab kena sental seat tu lebih sebelum kering, untuk tanggalkan kotoran.

Gambar selepas tu adalah lepas 3 kali disembur & diberus menggunakan berus yang ada pada penutup spray. Ada la kurang sikit nampak garis peta tu, kalau nak betul² bersih mungkin kena cuci berkali² lagi 😓.

Dua seat depan dah cuci, seat belakang kena tunggu mood rajin datang lagi next time 😅.

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/324151899154626/

Pingback: DIY pasang speaker belakang Perodua Viva

Pingback: Cuba pasang tinted cermin kereta secara DIY kat Perodua Viva

Tulis komen: