Windows 11 lebih nampak macam KDE daripada MacOS
Jumaat, 18 Jun 2021, 10:25 pm0
Dalam beberapa gambar bocor #Windows 11, dapat lihat design baru start menu, dengan app icon yang hanya tunjuk icon aplikasi yang tengah running tanpa label nama aplikasi, sekarang disusun di tengah taskbar.
Mengikut review oleh engadget ⁽¹⁾, cara penggunaan desktop environment dalam Windows 11 mungkin seakan #MacOS. Tapi design dia saya lihat lebih kepada KDE.
KDE adalah salah satu desktop environment yang popular untuk #Linux. Satu lagi desktop environment yang popular ialah GNOME. Linux distro seperti Ubuntu & Fedora datang sekali dengan GNOME desktop environment. Distro seperti Kubuntu & OpenSUSE pula default menggunakan KDE. Dulu² waktu saya selalu guna Linux pun saya lebih gemarkan GNOME sebab design yang ringkas & mudah nak guna.
Kalau guna KDE pulak, walaupun design nampak cantik & banyak settings dapat diubah menerusi GUI (graphical user interface) – tak perlu ubah pada config files, tapi saya rasa KDE macam agak bloated. Macam terlalu banyak aplikasi yang walaupun berguna tapi rasa macam banyak sangat, dengan nama aplikasi hampir semua ada huruf K – Konqueror, Kopete, Krusader, Kdenlive, KMPlayer, Kontact, KMail, macam² lagi ⁽²⁾.
Berbalik kepada design Windows 11, saya suka design baru ni, nampak bersih (clean) dan ringan (lightweight). Walaupun pengguna Windows nanti masih ada pilihan untuk gunakan start menu seperti dalam Windows 10, harapnya dengan mengekalkan pilihan ini tidak memberatkan Windows.
⁽¹⁾ https://www.engadget.com/windows-11-leak-hands-on-windows-10-macos-224819963.html
⁽²⁾ https://apps.kde.org/
Kembali ke Pan Borneo, BKSS loop part 9
19 Jun 2021
Kereta tak berjalan, buka seat & cuci
17 Jun 2021