Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Ni baru nampak macam kat Jepun

222193916_345604037009412_4935191996056522213_n.jpg

Rabu, 21 Julai 2021, 5:00 pm0

Entah la, bila nampak langit cerah dengan pantulan cahaya matahari kekuningan pada binaan konkrit, tambah lagi ada lampu isyarat, nampak macam kat lintasan keretapi dalam video camper orang Jepun yang saya selalu tengok 😅.

Lokasi: Baraj .

Baraj yang terletak di bawah jambatan Keruing di atas Sungai Sarawak ini berfungsi untuk mengawal paras air sungai bagi mengelak banjir ⁽¹⁾, terutamanya semasa air pasang besar (king tide). Lampu isyarat tu adalah untuk bot² nelayan melihat sama ada baraj dibuka atau tidak, supaya mereka dapat melalui terus baraj tersebut.

⁽¹⁾ https://www.facebook.com/RTM.Sarawak/posts/969102529821815

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/345604063676076/

Tulis komen: