Powerbank untuk jump start kereta
Rabu, 18 Ogos 2021, 7:45 pm0
Waktu mula #MCO tahun lalu, saya nak gunakan Unser untuk hantar barang bila pindah dari rumah sewa ⁽¹⁾. Tapi bila dah kena sekatan perjalanan, tersadailah Unser tu kat rumah, sampai #bateri pun kong, tak dapat nak start.
Walaupun Unser ni gear manual, tapi mana la dapat nak tolak sorang² untuk start enjin, sedangkan kancil pun kena ada sekurang²nya 2 orang. Jadi, alasan untuk tak nak #kereta auto sebab tak dapat nak tolak untuk start kalau bateri kong tu dah tak munasabah dah.
Sama juga situasinya jika jadi solo traveler. Lepas bermalam kat satu lokasi atau campsite, lebih² lagi tempat yang agak terpencil, pagi esoknya nak start enjin tapi tak dapat, kalau tak ada kereta lain berdekatan, memang tersadai terus kereta tu. Cari grab .
Sebab tu penting kena ada powerbank jump starter ni, atau sekurang²nya ada kabel jump start disimpan dalam kereta. Powerbank jump starter saya ni jenama 70Mai, model Midrive PS01, kapasiti = 11,000 mAh / 41.07 Wh. Boleh beli kat sini:
Cuma kena peka dengan paras bateri powerbank, kalau dah kurang walaupun satu bintik lampu, tak dapat nak guna untuk jump start. Bateri mesti cas penuh.
Setakat ini, saya dah pun gunakan powerbank ini kira² 2-3 kali, untuk jump start Unser yang baterinya pun dah tak dapat nak masuk cas lagi. Tak perlu pun cas baru setiap kali jump start, 2-3 kali pakai tu pun paras bateri masih penuh.
Cara pakai powerbank ni untuk jump start, hanya ikut buku arahan – pastikan powerbank off, pastu sambungkan klip pada terminal bateri dengan betul. Tekan butang ON pada powerbank, pastikan lampu LED pada soket yang disambungkan pada powerbank menyala warna hijau. Dah boleh try start enjin. Ada juga butang ‘boost’ untuk tingkatkan arus dari powerbank jika voltage bateri kereta terlalu rendah.
Powerbank ni juga ada mentol padanya, boleh dijadikan lampu suluh. Cuma saya tak selalu gunakan powerbank ni, saya hanya simpan untuk kekalkan paras bateri penuh, supaya dapat terus guna bila kereta tiba² tak dapat start.