Kenapa saya pilih Fitbit Charge 4, dan bukannya Apple Watch?

Khamis, 19 Ogos 2021, 10:40 pm533

Dalam memilih wearable device, saya ada 2 pilihan, sama ada smartwatch – jam tangan pintar yang bertindak seakan extension kepada smart phone, ataupun fitness tracker – gelang elektronik yang mempunyai banyak sensor untuk mengesan keadaan fizikal & kesihatan seseorang.

Apple Watch adalah sejenis smartwatch, manakala Charge 4 pula adalah fitness tracker. Kedua² kategori device ini mempunyai ciri yang lebih kurang sama, cuma smartwatch mempunyai fungsi yang lebih kompleks, dan fitness tracker asalnya lebih ringkas, tapi sekarang makin lama makin banyak fungsi yang disertakan ⁽¹⁾.

Walaupun saya banyak menggunakan produk daripada , tapi untuk wearable device ini, saya pilih Fitbit Charge 4. Sebab utamanya ialah jangka hayat . Ya, cerita pasal bateri lagi 😅.

237068775_364294588473690_5296877918846551510_n.jpg

① – Fitbit Charge 4 kalau dipakai secara minimal, tanpa kerap mengaktifkan GPS, set screen brightness kepada auto & screen timeout kepada default, baterinya boleh tahan hingga 7 hari ⁽²⁾. Jadi, seminggu sekali barulah klip jam tangan ni kat charger. Setakat ni saya memang cas seminggu sekali, bila bateri dah bawah 10%.

Kalau Apple Watch pula, hanya tahan sehari suntuk, atau 18 jam sahaja ⁽³⁾. Jadi, setiap hari kena lekatkan jam kat charger, agak leceh, iPhone pun dah kena cas 2 kali sehari 😣.

Memang Apple Watch menang kalau dibandingkan fungsi & ciri dengan Fitbit Charge 4, lebih² lagi skrin Apple Watch yang warna-warni tu, letak sebelah skrin Fitbit yang hitam putih ni. Tapi bagi saya, skrin berwarna & fungsi yang pelbagai, hingga boleh dengar lagu, tengok gambar, jawab mesej, tu semua hanya cepat menghabiskan bateri. Baik buat semua tugas (task) tu kat smartphone saja.

236946415_364294598473689_3933795214709700722_n.jpg

② – Berkenaan fungsi & ciri pula, saya beralih daripada menggunakan jam tangan biasa kepada fitness tracker, sebab utamanya ialah nak sukat degupan jantung & masa tidur. Nak tahu keadaan fizikal saya normal atau tidak, berdasarkan kadar degupan jantung & pattern / jumlah masa tidur. Alhamdulillah, setakat ini semua normal 😌.

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa fungsi dalam Fitbit Charge 4 yang saya rasa berguna untuk track , iaitu zone minutes. Ia adalah jumlah minit badan anda berada dalam zon aktif, jantung berdegup 109 bpm ke atas. Lebih lama jantung & badan berada dalam keadaan aktif, kiranya tempoh melakukan aktiviti fizikal bertambah, bermaksud anda lebih cergas dan bukannya lebih kepada hanya duduk diam.

Zone minutes ni lebih kurang menyukat tempoh masa bersenam. Target sekurang²nya 30 minit setiap hari, seperti yang saya buat waktu mula PKP tahun lalu ⁽⁴⁾.

238596265_364294615140354_8237571384946168462_n.jpg

③ – Dalam tempoh pandemik sekarang, makin ramai yang mengambil berat berkenaan kepekatan oksigen dalam darah, kerana antara penyebab kematian ialah happy hypoxia ⁽⁵⁾.

Fitbit Charge 4 ini juga mempunyai fungsi untuk menyukat kadar kepekatan darah SpO2, cuma ia tidak menyukat secara masa nyata (real time). Ia menyukat ketika anda tidur, dan statistik berkenaan akan dipaparkan selepas bangun tidur keesokan hari.

⌚🔋

⁽¹⁾ https://www.gearpatrol.com/tech/a742422/smartwatch-versus-fitness-tracker/
⁽²⁾ https://help.fitbit.com/articles/en_US/Help_article/2004.htm
⁽³⁾ https://www.apple.com/my/watch/battery/
⁽⁴⁾ https://azwan082.my/2021/06/ini-jenis-eksesais-waktu-mula-pkp-tahun-lalu/
⁽⁵⁾ https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/06/apa-itu-happy-hypoxia

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/364294668473682/

Pingback: Saya cuba buat lightbox DIY 💡

Tulis komen: