Saya cuba buat lightbox DIY 💡

239353359_364884851747997_1361967055471417796_n.jpg

Jumaat, 20 Ogos 2021, 9:30 pm472

Lightbox / kotak cahaya ini adalah seperti studio mini, mempunyai sumber pengcahayaan yang boleh dilaraskan bertujuan untuk mengambil gambar atau video. Selalunya digunakan untuk mengambil gambar produk untuk laman e-commerce.

Ada banyak contoh lightbox kat internet, ada yang kompleks – menggunakan frame kayu / besi / paip PVC, menggunakan jenis lampu yang spesifik, dan juga menggunakan jenis kain / kertas tertentu untuk menyerakkan cahaya. Ada juga yang dijual online, siap boleh lipat² simpan dalam beg.

239274302_364884818414667_3223746107966400239_n.jpg
240319703_364884835081332_5511146175952376556_n.jpg

Saya hanya gunakan barang sedia ada dalam bilik – bakul dan mentol LED ⁽¹⁾. Kemudian, 2 keping kertas A4 digunakan sebagai stage & background lightbox ini, diselotep pada bakul, siap!

Hasilnya boleh lihat pada gambar ke-2 & ke-3. Kalau diperhati, warna background agak kebiru²an, mungkin sebab pantulan warna dari bakul. Kalau ada yang nak cuba cara ini, mungkin boleh letak juga kertas putih kat tepi bakul, bawah mentol, supaya lebih putih pantulan cahaya.

Gambar Fitbit Charge 4 semalam ⁽²⁾ pun diambil guna lightbox ni 😁.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/08/berapa-lama-mentol-led-menyala-menggunakan-powerbank/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2021/08/kenapa-saya-pilih-fitbit-charge-4-dan-bukannya-apple-watch/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/364885341747948/

Tulis komen: