Masak sayur pun nak letak kari, part 2

Khamis, 30 September 2021, 7:55 pm
Ikut jenis #sayur tu jugak, kalau jenis sayur buah seperti bendi atau labu, ataupun jenis sayur tuber (berubi) seperti lobak merah, jenis² sayur begini memang sesuai masak dengan kari berkuah. Kalau jenis sayur daun, saya rasa lebih sesuai lagi masak stir fry ⁽¹⁾, tambah sikit sos tiram .
Kuah kari Jepun saya cuba sebelum ini ⁽²⁾, pun sesuai #makan dengan roti paon, ada sikit feeling makan roti canai. Mungkin kalau guna roti tortilla yang dicanai sedikit atas fry pan, baru betul² rasa kedai mamak . #resipi
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2020/04/masak-sayur-pun-nak-letak-kari-ka/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2021/09/resipi-pan-seared-salmon-dengan-sayur-kuah-kari-jepun/
Apa beza fasa 2 dengan fasa 3 ni?
1 Oktober 2021
Selamatkan Mudokon dari Rupture Farm
29 September 2021