Keropok buah melinjo rasanya pahit
Tengok pada bungkusan & di google, pokok melinjo / melinjau / belinjau ni nampak familiar. Rasa macam ada tengok kat kebun & Taman Samajaya.
Tengok pada bungkusan & di google, pokok melinjo / melinjau / belinjau ni nampak familiar. Rasa macam ada tengok kat kebun & Taman Samajaya.
*JDT vs Terengganu*
Banyak daun pokok capsicum nampak kesan terbakar di hujungnya. Kalau di-google, ini menunjukkan pokok kekurangan unsur potassium ⁽¹⁾.
Kalau nak buat BBQ, saya lebih suka guna kayu² api seperti yang dikumpul dalam post semalam ⁽¹⁾. Lebih² lagi kalau kayu api ini dibakar pada malam hari, ia menyala menghasilkan cahaya yang selesa untuk dilihat, berbanding menggunakan arang komersial yang hanya membara.
Ada beberapa lagi dahan kecil pokok kristal yang tinggal untuk dikerat² pendek buat jadi kayu api.
*Terengganu vs JDT*
Kalau #jalan menuju ke #Sebuyau, akan dapat lihat beberapa tangki air untuk projek grid air Sarawak. Rumah² kat kampung sekitar dah pasang paip & meter, tapi air belum datang lagi.
Salah satu daripada 2 pokok capsicum dalam satu tong ni nampak agak terbantut pembesarannya, walaupun ada buah yang dah mula menjadi. Terpaksalah untuk korban satu pokok ni, supaya pokok yang satu lagi dapat fokus sepenuhnya menghasilkan buah.
Pemain muda JDT, Arif Aiman menjadi sebutan selepas namanya tidak tersenarai dalam skuad kebangsaan ke Piala AFF 2020. Beliau yang memberi persembahan cemerlang sehingga menjadi kesebelasan utama JDT, menolak Safawi Rasid ke senarai pemain gantian. Arif bersama 4 pemain JDT lain yang kerap mewakili negara, dikatakan tidak disenarai bagi memberi peluang mereka untuk ‘berehat’ ⁽¹⁾.
Lebih² lagi #makan waktu petang hari hujan, cuaca sejuk sambil #minum dengan teh panas, nikmat 😇.