Baru teringat ada SSD lebih dalam Macbook Pro
Jumaat, 24 Disember 2021, 6:30 pm0
① – Krismas tahun lalu saya ada pergi roadtrip ke Miri, malam sebelum bertolak tiba² #Macbook Pro rosak tak dapat start ⁽¹⁾. Jadi dah setahun jugak la #laptop tu tak start. Baru sekarang teringat masih ada SSD kat dalam, masih dapat guna untuk extra storage.
② – Ini external hard disk enclosure yang saya beli kat PC Image Wisma Saberkas, paling murah RM28 brand CLIPtec. Cari kat PC Image Aeon Mall tak ada jual.
Fungsi enclosure ini ialah sebagai casing untuk menyambungkan hard disk atau SSD ke komputer secara external menerusi sambungan USB. Kalau lihat pada label, enclosure ni hanya support USB 2.0, jadi kelajuan SSD pun terhad kepada bandwidth USB 2.0.
Tujuan saya gunakan setup begini hanyalah untuk dapatkan ruangan storage extra, bukan untuk speed.
③ – Pada #Mac Mini pula saya gunakan USB hub 10 ports ⁽²⁾ ini untuk menyambungkan kesemua external hard disk yang ada. Kapasiti untuk setiap hard disk, dari kiri ke kanan:
- My Passport – 500GB
- Seagate Expansion – 1TB
- Orico (daripada Mac Mini asal ⁽³⁾) – 1TB
- CLIPtec (daripada Macbook Pro) – 500GB
Jumlah semua 3TB. Yang lain semua hard disk drive, hanya enclosure yang baru pasang ni saja SSD.
P.s: semua external disk & SSD ni di-format guna Mac OS Extended, jadi kalau disambung ke Windows, tak dapat nak read. Kena install software khas untuk support read #MacOS disk format.
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2020/12/laptop-ni-minta-diganti-baru-untuk-jadi-hadiah-krismas-%f0%9f%8e%84/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2020/09/unboxing-orico-10-ports-usb3-0-hub-with-power-adapter-a3h10-v2/
⁽³⁾ https://azwan082.my/2020/08/upgrade-ssd-ram-mac-mini-part-4/
Berapa tahun sekali baru korang tukar dompet baru?
25 Disember 2021
Hujung tahun jak pergi check saham
23 Disember 2021