Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Pergi repair kereta kebal

271867728_456446795925135_1681229240220904726_n.jpg
271733496_456446815925133_2107633378640360943_n.jpg
271895449_456446825925132_3939647002698105112_n.jpg
271775174_456446782591803_7214315477017378235_n.jpg

Sabtu, 15 Januari 2022, 6:55 pm0

Tahukah anda, iswara adalah nama spesis rama² Helen di Sarawak.

Saya beli kereta kebal ni kat Butterworth awal minggu ni, pastu guna seadanya untuk ke ofis sepanjang minggu ni.

Ekzos

Secara mekanikal, semua kira ok, enjin gearbox masih berfungsi ok. Power window pun masih dapat naik turun 😏.

Cuma nampak asap keluar dari ekzos, mungkin ada sikit bocor kat piston ring atau valve seal, mekanik selalu sebut enjin makan minyak hitam.

Pastu mounting enjin mungkin dah loose, bila idle dengan RPM rendah, dashboard bergegar kuat.

Tadi pergi hantar kedai ekzos, check kenapa ada bau asap ekzos dalam kereta. Tengok paip ekzos semua ok takda bocor. Tauke kedai suggest mungkin kena check bahagian aircond mungkin span kat penutup angin masuk (recirculation) dah berlubang.

Lain hari nanti baru check part aircond.

Absorber depan

Sambil² menilit bawah kereta, saya suruh mekanik check suspension depan, sebab waktu jalan ada bunyi². Tengok² absorber dah bocor, basah & kotor dengan minyak. Tukar terus dua². Sekarang nak limpas bonggol kat tempat parking dah kurang gegar².

Kedai ekzos ni terletak sebelum pasar Ayer Itam yang popular dengan asam laksa tu. Bagus customer service kat bengkel ni, tauke beri limau mandarin & air botol sementara tunggu kereta kena repair. Lupa sekejap tak lama lagi CNY 😅.

Windscreen

Satu lagi masalah utama dengan Iswara ni ialah windscreen dia banyak scratch kena wiper. Tanya² kat kedai, kalau dapat repair atau restore, rata² kata walaupun mungkin dapat restore kat kedai polish cermin, tapi dah ada satu crack kecil kat cermin tu, mungkin tak berbaloi, baik tukar baru terus.

Jadi pergilah saya melawat kedai windscreen kat Kpg Melayu, yang ada penjaga kedai. Nasib baik saya seorang customer, dapatlah terus buat. Tapi nak tunggu buat tu sampai dua jam lebih, sampai tertidur² 😴.

Tukar windscreen baru ni, kena buka dashboard semua. Kena ingat umur kereta ni dah 17 tahun, berbelas tahun jugak kereta ni terjemur di bawah matahari terik. Plastik kat dashboard ada yang dah reput, tu yang cover speedometer lalu berkecai tak dapat nak pasang balik. Tapi takpa, kedai aksesori banyak spare part untuk Iswara.

Lepas siap, bila drive guna windscreen baru, lalu segalanya nampak terang, HD macam betul-betuuull~ 🤣.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/456446882591793/

Pingback: Sorotan gambar emau sepanjang 2022 😹

Tulis komen: