Orang gila duhal yang menang AJL semalam 😳

275110786_487425619493919_6996406532813196552_n.jpg

Isnin, 7 Mac 2022, 8:45 pm

Orang gila duhal yang menang AJL semalam 😳.

Lagu Pelukan Angkasa oleh Sekumpulan Orang Gila (SOG) & Shila Amzah. Tak pernah dengar ni kat , tapi ok jugak bunyi lagu tu ada campur metal sikit. Hangguk kapala, gatal tekak 🤘.

Kalau lagu Shila Amzah, saya suka dengar Tiada Dirimu. Mula² saya tak tahu lagu siapa ni, beberapa kali dengar kat Buletin FM. Kalau dengar radio tu melalui Youtube, dapat tengok tajuk lagu.

Saya suka dengar susunan bunyi piano & string orchestra dalam lagu ni. Build-up lagu dari mood slow melankolik hingga kemuncak & release pada penghujung lagu, memang mengena dengan mesej lagu.

Vokal Shila pula dari nada berbisik sampai suara memekik tu sedap dengar dalam lagu ni, tak macam kebanyakan lagu dia yang ada guna suara Suneo 😂.

Berbalik kepada AJL, sudah pasti pemenang dipilih berdasarkan penciptaan lagu, susunan melodi & muzik, bukan berdasarkan populariti. Kalau tak, mungkin lagu lain yang menang, macam lagu kelentang kelentong, lagu shemiang² atau lagu rap kocek seluar 😆.

Kandungan berkaitan:

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.