json_bourne(2016);

318096170_808713730295541_3787192523427706675_n.jpg

Isnin, 5 Disember 2022, 9:30 pm47

Dah 6 tahun keluar, baru tahu ada sambungan Jason Bourne ni. Dari pria ganteng sampailah beruban, masih lagi diburu CIA 😅.

Antara perkara menarik dalam movie ni:

📌 ‘Asset’ yang jadi antagonis memburu Bourne dengan memandu Golf GTI Mk7 manual 👍.

Mula² lihat ingatkan ‘Asset’ tu Jeremy Clarkson 😆.

📌 Babak Bourne (ataupun masa tu dia masih David Webb) kat Beirut, tak ada dalam filem² sebelum ni. Webb dengan bapanya nampak real masih muda, bagus CGI mereka buat.

Satu lagi, kereta² yang ada dalam babak kat Beirut nampak padan dengan garis masa, tahun 90-an. Boleh lihat ada Pajero, Beetles & Range Rover model lama.

📌 Scene main komputer terlalu Hollywood. Sambil baca news kat browser, dia buka console tengok system monitor, apa kerja 🤣.

File & folder tersusun kemas dengan nama yang jelas. Senang hackers nak search kandungan rahsia 😑.

📌 Scene kejar-mengejar atas jalan nampak realistik sikit, semasa kereta polis mengejar trak SWAT.

Kereta polis Dodge Charger guna gear auto, tolak-tarik batang gear. Tak macam F&F, sikit² tukar gear pastu secara magik keluar segala power kereta.

Trak SWAT pulak bukan main kuat, merempuh kereta² lain kat jalan di Las Vegas, tak jadi slow pun trak tu, kereta lain yang melayang.

Cuma ending saja kurang jelas, adakah Bourne menolak untuk kembali ke CIA, berdasarkan bukti video & audio perbualan Heather Lee dengan Director of National Intelligence 🤔?

6 tahun lagi baru tengok Squid Game 🤪.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/808713760295538/

Tulis komen: