Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Review 4G mobile WiFi TP-Link M7000

Khamis, 2 Februari 2023, 6:30 pm0

Semasa ke JB sebelum ni ⁽¹⁾, saya gunakan iPhone SE sebagai internet hotspot untuk phone utama (iPhone 7), iPad & . Kekurangan cara ini ialah sambungan ke hotspot selalu terputus, lebih² lagi bila peranti tidak menggunakan internet untuk satu tempoh (idle). Bila nak sambung balik, kena buka paparan pada iPhone SE tu tadi supaya hotspot kembali aktif.

Workflow begini jadi leceh bila tengah sibuk memandu dalam perjalanan & semasa menginap di hotel. Sebab tu saya tukar kepada peranti 4G mobile WiFi.

328822643_1560842251406048_5837569889082681054_n.jpg
RM209 kat Harvey Norman, Queensbay.

Internet di rumah menggunakan router TP-Link yang boleh pakai sim kad & pakai pelan internet Digi Broadband Unlimited. Bila nak pergi jalan², pindahkan sim kad tu ke dalam 4G mobile WiFi ni. Workflow semakin mudah, tak perlu nak ubah jenis sim kad, kedua²nya perlukan sim kad saiz standard. Kalau guna iPhone SE, kena pecah²kan sim kad ambil yang saiz nano-sim.

Ada app dalam iOS / Android (tpMiFi) untuk mengawal mobile hotspot ini. Boleh lihat tahap bateri yang tinggal & berapa banyak bar signal 4G yang diterima.

Mengikut spesifikasi, bateri untuk mobile hotspot ini tahan dalam 4-6 jam kalau internet digunakan secara berterusan. Namun saya sambungkan ia ke power bank, jadi tahap bateri sentiasa penuh. Baterinya juga dapat ditanggalkan dengan mudah, macam bateri telefon Nokia dulu². Kalau rosak, senang nak cari ganti kat Shopee.

Cara guna (workflow) sama seperti menggunakan WiFi tetap (fixed) yang ada kat rumah / pejabat / cafe. Tak ada lagi hotspot sikit² terputus, sebab ada option untuk disable power saving mode, jadi WiFi akan sentiasa aktif.

Jumlah maksimum peranti yang boleh menggunakan internet pada satu² masa ialah 10. Pada app tpMiFi, ada dipaparkan QR code untuk peranti scan & join WiFi ini dengan cepat, tak perlu isi password WiFi.

Semasa memandu, saya gunakan iPhone 7 untuk navigasi Google Map, dan juga menyambungkan Spotify ke radio kereta. Sekurang²nya jimatlah quota internet pada line phone (Celcom Lite).

Cuma satu kekurangan pada workflow begini ialah pada line internet Digi. Walaupun signal ada 3-4 bar, tapi sambungannya lembab, kalau nak dibandingkan dengan line Celcom, di lokasi sama. Bila saya off WiFi & guna mobile data kat iPhone 7 (Celcom), lagi lancar mendengar radio di Apple Music.

Sekarang syarikat Celcom & Digi dah bergabung, baik Digi kongsi tower & network dengan Celcom, barulah berbaloi pelan unlimited.

327978271_721460992962380_6216474027158089946_n.jpg
Ini model M7200, versi lebih baru.

Tak nampak beza, mungkin saiz bateri lagi besar.

Sebelum saya beli model M7000, saya ada survey kat Kompleks Bukit Jambul. Yang kat kiri tu harga RM229, yang kanan tu pula tulis RM255, tapi tauke ada bagi diskaun jadi RM230. Nasib baik tak terus beli, dapatlah jimat lagi.

P.s: ingat nak cari terus 5G mobile WiFi, tapi hanya ada beberapa meter saja jalan kat Geogetown yang ada 5G. Majoriti tempat yang nak dituju, coverage 4G pun tak berapa kuat. Tak berbaloi nak angkat 5G mobile WiFi buat masa sekarang.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/09/penang-%e2%86%92-jb-evoclub-southern-siege-drive-hari-ke-1/

Ini namanya menu rosmah 🥡

3 Februari 2023

Typo, bukan tipu

31 Januari 2023

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/850952189405028/

Tulis komen: