Baru tau cara lipat habis seat belakang PoloSedan
Ahad, 19 Mac 2023, 7:45 pm0
Kena tarik seat ke atas, kemudian ia akan menyusur ke depan, sebab ada sambungan pada badan #kereta.
Akan ada bunyi macam patah, tapi itu hanya bunyi besi penyambung yang berlipat kat bawah seat.
Seat tersambung pada badan kereta menggunakan penyangkut (hook), tak ada bolt atau skru, jadi mudah untuk dibuka.
Adjust kedudukan seat sehingga mudah mengeluarkan hook tersebut, tak perlu guna tool atau kudrat yang banyak.
Cukup² ruang untuk guring, cuma kena letak objek tebal untuk menambah ketinggian permukaan di but supaya sekata rata.
Juga terdapat ruangan di belakang seat pemandu, kira² 30cm panjang & 32 cm tinggi. Nak kena diisi dengan kotak plastik yang agak² sama saiz.
Balut sendiri handle bar basikal
18 Mac 2023