Balut sendiri handle bar basikal

Sabtu, 18 Mac 2023, 9:55 am189

Balut sendiri handle bar .

Ingat nak siapkan dalam 15 ke 20 minit, lepas tu sambung mengayuh selama setengah jam. Rupa²nya semua brake lever & gear shifter tu tak perlu dibuka pun, kena dipasang dulu, baru balut.

Hujung² habis satu setengah jam nak buka pasang balik semua shifter, brake lever & handle bar pada basikal. Jam pun dah tengah malam.

Sebelum ni buat mengayuh dengan memegang besi kat handle bar, dalam 10 minit tapak tangan pun sakit².

Road bike ni jenis frame besi, lebih berat daripada frame carbon fibre, tapi lebih murah, bawah RM400 ⁽¹⁾ beli 8 bulan lalu.

Cuma besi pengikat handle bar ke basikal tu agak rapuh, dah ada retak sikit bila terlebih kuat diketatkan.

⁽¹⁾ https://invl.io/clhc4q5

Komentar (0):

Source: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/878560603310853/

Tulis komen: