Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Cari tempat parking ke UTC Penang

0DD967BA-F017-4909-A03C-EB60D58EE68A-scaled.jpeg

Ahad, 12 Mac 2023, 9:55 pm0

Tempat berdekatan dengan UTC adalah kat The Top. Bila sampai jalan bawah Komtar, nampak dua papan tanda ke parking The Top, ke sebelah kiri & kanan.

Mula² saya masuk ke parking sebelah kiri. Rupa²nya ia adalah tempat parking bangunan Komtar untuk pegawai kerajaan, patutlah tak ada tempat nak scan Touch n’ Go. Saya tengok ada juga kereta lain yang terpaksa gostan keluar balik dari lorong masuk.

Tempat parking yang betul adalah di sebelah kanan, guna Touch n’ Go saja nak bayar. Tak pasti berapa jumlah tingkat, tapi saya naik sampai tingkat 7. Kat tingkat 6 ada pintu masuk, dan tempat parking di situ banyak yang dah reserve.

Bila dah park, ke dalam bangunan, sepatutnya guna lif atau tangga di sebelah masuk bangunan, bukannya sebelah tepi luar bangunan. Sebab lif kat sana rosak, terpaksa guna tangga turun ke bawah. Bukan saya seorang, ada satu keluarga dengan makcik tua terpaksa turun guna tangga. Mungkin sama tak familiar dengan tempat parking The Top ni.

Time balik saya guna tangga naik, tapi cuma naik 3 tingkat saja, sebab satu tingkat tangga ini bersamaan 2 tingkat tempat parking.

Di pintu masuk UTC, saya lihat barisan panjang seperti dalam gambar, ingatkan nak masuk UTC kena berbaris. Rupa²nya ini barisan memohon bantuan, tapi tak pasti bantuan mana satu, brim ka basah? 😅

Saya ke UTC untuk urusan memperbaharui lesen memandu. Proses di kaunter JPJ cepat & sangat memuaskan. Tak ramai orang, hanya perlu bawa MyKad & lesen memandu semasa, dan pembayaran guna Paywave. Renew lesen memandu untuk 5 tahun kosnya RM150.

Lepas tu tunggu dalam 5 minit untuk kad lesen memandu yang baru di-print. Saya dapati gambar pada lesen menggunakan gambar yang sama dengan kad pengenalan.

Asalnya saya cuba renew lesen memandu guna MyEG, tapi sistem MyEG tak dapat nak upload gambar. Tapi ok lah, setidak²nya tak perlu tunggu lesen baru dihantar pos.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/875493400284240/

Tulis komen: