Cuci cermin jangan sampai hilang kuku 😱

2056E84D-C124-4576-9E41-77D014B515F1-scaled.jpeg

Ahad, 18 Jun 2023, 6:45 pm97

Kalau salah cara pakai watermark remover ni, tak berkesan.

Cara yang betul untuk membersihkan cermin yang ada kotoran watermark, menggunakan rain & water stain remover ini ialah dengan menggunakan kain lembap & bubuh beberapa titis ke atas kain. Kemudian barulah cuci cermin sehingga bersih.

Kalau tuang cecair ini terus pada cermin, watermark akan masih ada. Antara sebabnya, mungkin kerana cecair pembersih ini memerlukan sedikit air untuk berfungsi.

Cecair pembersih ini bersifat asid, baunya seperti lemon. Watermark pula kotoran atau bahan² mineral dalam air yang tertinggal selepas air mengering. Oleh itu, cecair ini bertindak dengan melarutkan kotoran watermark.

Antara cara untuk buang kotoran watermark juga mencadangkan penggunaan bahan berasid seperti cuka dan lemon.

Oleh itu, kalau tak nak kuku jari jadi seperti begini, nampak macam dah diinai, wajib kena pakai sarung tangan bila nak bersihkan cermin menggunakan cecair watermark remover ini.

Waktu mencuci cermin , saya tak rasa apa² pun pada tangan & jari. Sebab sebelum ini pun dah cuci dalaman kereta menggunakan pencuci permukaan Dettol tanpa sarung tangan. Ingatkan sama saja, tak efek apa² pada kulit.

Lepas selesai kerja, barulah rasa pedih² di sekeliling kuku. Balik rumah terus cuci tangan dengan sabun & keringkan, tapi tapak tangan masih rasa licin².

Kemudian jari kekal rasa pedih² selama 3 hari. Lepas 3 hari, kulit di permukaan tangan mula mengelupas. Tandanya cecair pembersih tu telah menghakis permukaan kulit.

🥴

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/930570051443241/

Tulis komen: