Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

DasAuto masuk wad + bas & feri Rapid

Isnin, 26 Jun 2023, 6:55 pm0

masih boleh drive, cuma ada problem yang boleh buat enjin berhenti secara tiba².

0E72694C-6B47-490E-8FF7-21F71BA75765-1-scaled.jpeg
Bulan lalu ada pergi ke bengkel Eurowagen kat Simpang Ampat ni untuk check apa masalah sebenar.

Dalam bulan November tahun lalu dah tukar crankshaft sensor, sebab dapat error code P0016. Kemudian dalam sebulan lebih pakai, ok, tak ada lagi problem enjin jerking, tiba² mati waktu berjalan.

Pastu bila pergi road trip dari utara ke selatan hujung Januari, kat Perlis, problem tu datang balik. Selepas beberapa bulan barulah saya dapat kenalpasti simptom atau cara untuk replicate problem ini, tapi tak selalu akan jadi, ianya berlaku secara random.

Selalunya apabila drive sehingga ke gear tinggi & cruising, kemudian tekan minyak untuk pecut, ada rasa seperti berat sedikit untuk turun gear, waktu tu lah enjin akan tiba² mati & kereta jadi terhenjut. Kalau kereta sedang bergerak laju, enjin akan on balik.

Akhir² ini, enjin boleh mati bila nak start gerak, macam mati enjin bila nak masuk gear 1. Ada sekali enjin mati walaupun tengah parking & air cond compressor start.

Kalau di-google error code P0016, biasanya isu yang disenaraikan adalah lebih teruk, hingga kereta tak dapat start atau drive langsung. Tapi yang ini agak unik, kereta dapat start & drive, tapi tak dapat nak pecut. Saya terpaksa guna sport mode atau mod manual untuk letak gear rendah & tekan minyak sedikit sehingga RPM naik mendekati 3000, barulah tukar gear.

Kalau ikut pemerhatian & pengetahuan terhad saya, puncanya sama ada mungkin:

  • oil pan kotor – ada kotoran ganggu operasi sensor, sebab bila baru tukar sensor dulu, ok saja kereta.
  • timing chain longgar – apabila tekan minyak, mungkin timing antara crankshaft & camshaft lari, tu yang buat sensor detect irregular position. Tapi kalau timing dah lari, enjin mesti susah atau tak dapat nak hidup.

Sebab tu nak hantar ke bengkel ni, biar sifu² yang check. Bos bengkel ni pun rupanya berkawan dengan mekanik kat bengkel Bayan Baru yang saya biasa pergi tu ⁽¹⁾.

5B54C5A1-7F21-46CA-BB5D-92ABA5FDB23F-1-scaled.jpeg
Naik bas ke Penang Sentral.

Kereta kena tinggal kat bengkel dalam 2 minggu. Sebab tu kena restore dulu Iswara supaya dapat bawa pergi kerja, ke pasar & dobi.

Plan awal, nak naik bas untuk pergi kerja. Tu yang siap pergi apply Pas Mutiara, kad pas perjalanan tanpa had. Kos buat kad hanya RM10, tapi hanya aktif untuk sebulan. Lepas sebulan, kena pergi renew kad secara percuma.

Hujung² saya pilih untuk restore Iswara saja, sebab jadual bas yang sukar untuk diikuti. Saya install app Pulse ⁽²⁾ untuk mendapatkan lokasi bas pada masa nyata (real time).

Bas nombor 306 mula bergerak pada 08:00 dengan kekerapan 50 minit, dijadualkan berhenti di depan apartment pada 08:24 dan berhenti kat Sunshine Square pada 08:53.

Ada harinya saya lihat ia sampai awal, dalam 08:15 dah lalu bus stop apartment, ada harinya sebab kena jem, dalam 08:40 baru sampai. Belum lagi tambah masa untuk ke bus stop dekat ofis, ada sekali saya test naik bas, ambil lebih 40 minit untuk sampai.

Lepas hantar kereta, saya naik bas & feri untuk balik ke apartment. Dari Eurowagen, bus stop terdekat ialah Taman IKS Perda, kena lintas jalan lorong berkembar untuk ke seberang jalan.

Ambil bas 801 pada jam 16:30, untuk ke Penang Sentral, sampai jam 17:45. Nasib baik dah awal pergi ke tandas & bekal air dan roti sikit, ada alas perut.

DEAC697D-FE7C-40EA-A0FA-3D3F4B867A83-1-scaled.jpeg
Feri dari Butterworth ke Georgetown tambangnya RM1.20.

Dari Penang Sentral ke Georgetown pula naik . Sebelum ni saya hanya naik feri dari Georgetown ke Butterworth, free saja ⁽³⁾. Nak ke Georgetown pula ada bayar tambang.

Laluan pejalan kaki dari bangunan Penang Sentral ke terminal feri nampaknya dah siap. Ada kedai runcit lagi. Ada juga lif untuk naik atau turun ke jeti, tak lah susah bagi warga emas atau OKU, sebab sebelum ni hanya ada tangga.

Di pintu masuk ke jeti ada pagar automatik, kena beli tiket dari kaunter informasi di tepi, ataupun scan guna kad Touch n’ Go.

Kekerapan jadual feri ini kalau tak silap setiap 10 minit, ada 2 feri beroperasi serentak. Jam 18:00, dapat terus feri ke pulau & mengambil masa kira² 10 minit saja untuk sampai ke terminal Swettenhem.

Dari terminal Swettenhem, saya pilih untuk berjalan kaki ke terminal bas Jeti Weld Quay. Ada nampak muzium feri yang masih ditutup, tak tahu sampai bila nak di-renovate. Jalan masuk ke jeti Weld Quay pula disempitkan, kereta tak boleh masuk, hanya motosikal saja boleh naik feri ikonik Penang untuk ke seberang.

Mula naik bas dari terminal Jeti Weld Quay jam 18:35, menempuhi traffic jam Georgetown & kenderaan balik kerja untuk ke Air Itam, sampai apartment 19:45, hari dah gelap.

Jumlah masa dari Simpang Ampat ke Paya Terubong adalah 3 jam 15 minit, penat namun syukur tak ada hujan 😮‍💨.

5766E764-631A-4DFA-9B52-AA4BF164B848-1-scaled.jpeg
Ini lirik Singkong & Keju yang betul ⁽⁴⁾.

Lagu ni saya dengar dalam kereta semasa di atas Jambatan Pulau Pinang. Baru tau lirik lagu ni yang sebetulnya. Dah sampai rumah, asyik terngiang² lagu ni dalam kepala 😅.

Hura! Hura! \o\ /o/ 🕺💃

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/06/eh-dapat-pulak-kereta-ni-jalan-/
⁽²⁾ https://apps.apple.com/my/app/pulse-by-prasarana/id1545938705
⁽³⁾ https://azwan082.my/2022/01/naik-feri-ekspress-ke-butterworth/
⁽⁴⁾ https://youtu.be/JLw0cDlBPeE

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/934753894358190/

Pingback: Ini teori kenapa enjin DasAuto boleh berhenti tiba²

Pingback: Muze @ PICC dah nak siap

Tulis komen: