Naik feri ekspress ke Butterworth

Isnin, 10 Januari 2022, 9:45 pm

Naik feri ekspress ke Butterworth.

Sebelum ni belum pernah lagi saya naik feri dari Georgetown ke Butterworth – feri ikonik Penang yang dah dihentikan perkhidmatan ⁽¹⁾.

Tapi saya dengar cerita daripada tauke jual kereta kat Butterworth, feri Penang tersebut, yang asalnya bawa penumpang & kenderaan, sekarang hanya menghantar pembonceng motosikal saja.

Untuk penumpang pula, boleh naik feri ekspress dari Jeti Swettenhem, secara percuma sepanjang tahun ni, untuk ke seberang, mendarat di Penang Sentral.

Untuk kenderaan lain, kena guna Jambatan Pulau Pinang.

Feri ini merupakan mod pengangkutan yang paling murah untuk bergerak antara pulau & tanah besar Penang.

Kalau nak cuba naik, pergi ke Swettenhem Pier, ada papan tanda menunjukkan arah ke Jeti Butterworth. Hanya perlu masuk ke ruangan menunggu & duduk sekejap sementara feri tengah datang, tak perlu bayar atau ambil tiket.

Feri ekspress yang digunakan adalah feri terpakai dari Langkawi. Suasana dalam rasa macam naik belon, siap ada aircond & susunan tempat duduk selesa seperti dalam kapal terbang.

Selesa dia rasa macam terus nak tidur, tapi perjalanan ke seberang sekejap saja, dekat 10 minit saja. Tengok video tinjau² dari dalam feri kat sini:

@azwan082_my

Naik feri ekspress ke Butterworth. #penangmove

♬ original sound – azwan082_my – azwan082_my

Bila dah sampai jeti Butterworth, kena berjalan masuk ke Penang Central. Kat sini belum ada escalator lagi, jadi warga tua ada susah sikit nak menaiki tangga.

Dalam Penang Central, akan masuk ke tingkat 2. Tingkat 1 kat bawah adalah tempat untuk ambil bas Rapid. Tingkat 3 kat atas pula untuk ambil teksi atau Grab, atau kenderaan awam.

⁽¹⁾ https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1912550

Komentar (0):

Source: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/453578516211963/

Tulis komen: