Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Stok lama guna bekas kaca

Isnin, 28 Ogos 2023, 9:35 pm0

Harga pun agak jauh berbeza di pulau & di seberang.

E752D458-AAF6-48E0-9F61-07240950B28A.jpeg
Yang atas tu stok baru dalam bekas plastik, expire bulan 7, 2024.

Bekas kaca yang kat bawah tu expire bulan 11, 2023. Baru beli minggu lalu kat Mydin Bukit Mertajam, harga RM6 lebih. Dah nak habis dah, beli lagi kat Giant Bayan Baru, RM7 lebih.

Selain itu saya juga selalu beli Deli Spread Ayam Brand untuk buat sandwich tengahari, kat Mydin RM6 lebih, kat Giant pula RM7.40. Dulu² harga dalam RM3-4 jak.

Inflasional 🤯.

B0B8FD4E-DD31-4179-ACDC-B224D102CECC.jpeg
Mencuba kesemua jenis waffle Gardenia.

Perisa coklat & blueberry dah cuba minggu lalu ⁽¹⁾. Perisa oren & vanila tu kedua² ada aroma macam biskut raya 😅.

86EE6372-88EA-4C3E-AFA5-507681A742B0.jpeg
Ramen goreng penuh serat.

Menggunakan ramen Vit’s, masak goreng kering:

  • Tumis bawang putih & hirisan bawang merah
  • Masukkan mi ramen yang dah direndam dalam air panas
  • Masukkan telur.
  • Tabur megi cukup rasa. MSG fuiyo! 😆

Sayur²an yang ada lebihan daripada percubaan saya nak buat salsa / pico de gallo:

  • Daun bawang
  • Water parsley
  • Cili besar

Ada rasa rangup² bila kunyah 😅.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/08/roti-mochi-coklat-tak-macam-mochi-biasa/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/970395440794035/

Pingback: Pilihan kopi Nescafe

Tulis komen: